TUGASAN BERDASARKAN MASALAH

OBJEKTIF


OBJEKTIF BLOG INI DICIPTA ADALAH UNTUK  MEMBANTU MUSLIMIN DAN MUSLIMAT MENGETAHUI HUKUM MEMAKAI EMAS DAN SUTERA BAGI LELAKI UNTUK MENJADI PANDUAN HIDUP. DI DALAM BLOG INI TELAH MENJELASKAN SECARA TERPERINCI HUKUM MEMAKAI EMAS DAN SUTERA. HAL INI DAPAT MEMBANTU MANUSIA LEBIH DEKAT ALLAH SWT. BUKAN ITU SAHAJA, MASYARAKAT TIDAK PERLU MUSYKIL DENGAN HUKUM TERSEBUT KERANA BLOG INI TELAH DIILENGKAPI DENGAN HUJAH-HUJAH YANG KUAT DAN BOLEH DIPERCAYAI KERANA IA BERDASARKAN DALIL-DALIL DAN IJTIMA' ULAMA.




PENDAHULUAN

EMAS

Barang perhiasan dan berharga. Perempuan boleh memakainya sebagai barang perhiasan diri, tetapi haram bagi lelaki. Menyentuh, membawa dan memilikinya adalah halal menurut ijmak Ulama. Ulama juga sepakat tentang haram hukumnya menggunakan bekas yang diperbuat daripada emas sebagai pinggan mangkuk, sudu garpu dan pelbagai alat kegunaan harian yang lain. Namun ada direkodkan pendapat ulama yang membolehkannya seperti pendapat Muawiyah bin Qarrah, Daud al-Zahiri dan Imam al-Syafi'i dalam gaul qadim (ijtihad lama). Walau bagaimanapun pendapat berbeza ini tertolak dengan nas-nas ijmak.


EMAS TULEN

Emas tanpa bahan campuran bahan lain. Emas tulen wajib dikeluarkan zakatnya apabila sudah memenuhi syarat-syarat syarak.


EMAS CAMPURAN

Emas tidak tulen yang mengandungi campuran logam lain. Jenis emas ini wajib dikeluarkan zakatnya apabila kadar emas tulennya sudah mencukupi nisbanya.


SUTERA

Sutera berasal daripada kepompong rama-rama. Ia terhasil daripada ulat putih (ulat sutera) yang memintal kepompong sutera. Kepompong akan dimasukkan ke dalam air panas yang mendidih kemudian dipintal menjadi benang. Setiap kepompong dapat menghasilkan 300 hingga 900 meter panjang. Benang sutera tersebut ditenun menjadi kain. Kain sutera asli mengeluarkan bau yang harum.



EMAS DALAM ISLAM


Jika seorang lelaki memakai emas kerana darurat. Contohnya masalah kesihatan. Maka ini dibolehkan. Dalilnya berdasarkan hadis berikut :

Daripada Abdurrahman bin Tarafah:

 

أَنَّ جَدَّهُ عَرْفَجَةَ بْنَ أَسْعَدَ قُطِعَ أَنْفُهُ يَوْمَ الْكُلَابِ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ وَرِقٍ، فَأَنْتَنَ عَلَيْهِ، فَأَمَرَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَاتَّخَذَ أَنْفًا مِنْ ذَهَبٍ

Maksudnya: Bahawa atuknya ‘Arfajah bin As’ad terpotong hidungnya pada hari Peperangan Kulab. Kemudian dia memasang acuan hidung daripada bahan perak, lalu baunya busuk dan mengganggu beliau, maka Nabi SAW menyuruhnya mengambil hidung daripada jenis emas.

Hadis riwayat Imam Abu Daud (4232) dalam Sunan-nya

 

Al-Khattabi: Hadis ini menunjukkan keharusan menggunakan sedikit emas bagi lelaki ketika keadaan darurat seperti dalam penyusunan gigi, dan tidak ada bahan lain yang boleh menggantikannya. Lihat Ma`alim al-Sunan (4/215).


رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلزُّبَيْرِ وَعَبْدِ الرَّحْمَنِ فِي لُبْسِ الْحَرِيرِ لِحِكَّةٍ بِهِمَا

Maksudnya : Nabi  SAW memberikan kelonggaran untuk Zubair dan Abd Rahman untuk memakai sutera karana penyakit gatal yang mereka derita

Riwayat al-Bukhari  5829 Muslim 2076


Pemakaian bagi tujuan perhiasan atau selain daripada perubatan seperti pen yang diletak dipoket, dan jam tangan. Maka hukumnya tidak dibolehkan.  Ini berdalilkan sebuah hadis daripada Saidina Ali bin Abi Talib RA:

 

إِنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ، وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ، ثُمَّ قَالَ: إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي

 

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW mengambil sutera dan memegangnya dengan tangan kanannya, dan emas di tangan kirinya, kemudian bersabda: Sesungguhnya dua benda ini haram ke atas umatku yang lelaki.

 

Hadis riwayat Imam Ahmad (935) dalam Musnad-nya



SUTERA DALAM ISLAM


  • Hukum lelaki memakai pakaian yang diperbuat 100% daripada benang sutera adalah   haram.
  • Haram lelaki memakai pakaian bercampur sutera yang kadar kain suteranya lebih banyak atau lebih 50% berbanding material kain lain.
  • Harus lelaki memakai pakaian sutera sekiranya campuran sutera dengan material kain lain pada kadar yang sama iaitu 50% atau campuran sutera kurang 50%.
  • Pengecualian memakai sutera bagi kanak-kanak lelaki dan rukhsah diberikan kepada kaum lelaki hanya pada situasi darurat dan keperluan seperti mengalami penyakit kulit.

Hukum lelaki memakai sutera adalah haram. Hal ini berdasarkan  sabda Nabi SAW :

         أحلَّ الذهبُ والحريرُ لإناثِ أُمتي، وحُرِّم على ذكورِها

Maksudnya“Dihalalkan emas dan sutera bagi wanita dalam kalangan umatku, dan diharamkan bagi kaum lelakinya”.                                                                  

            Riwayat al-Nasa’ie (5163)



DALIL

SUTERA



1) Rasulullah SAW bersabda:

 

أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

 

Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.

 

Hadis riwayat Imam Ahmad (19502)

 

Al-Syaukani berkata: Hadis ini merupakan dalil yang digunakan jumhur ulama yang berpendapat bahawa sutera dan emas haram bagi lelaki dan harus bagi wanita. Lihat Nail al-Autar (2/98).


2) Ruslan al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’e menyatakan :

وخالص القز أو الحرير   أو غالبا إلا على الصغير

"(Diharamkan ke atas lelaki) memakai sutera tulen atau sutera  bercampur  yang kadar suteranya  lebih  banyak melainkan ke atas kanak-kanak."


3) يحرم عل الرجال أو الخنثى  أستعمال (وخالص القز أو الحرير)   من عطف  العام عل  الخاص فأو  بمعنى  الواو  إذا كان خالصا   أو غالبا أي مما  غالبه من القز  والخير لخبر لا تلبسوا الحرير والديباج بخلاف ما إذا كان غيره أكثر أو استويا وزنا فلا يحرم لأنه لا يسمى ثوب حرير والأصل الحل ويجوز لبسه لضرورة كفجأة حرب إذا لم يجد غيره ولحاجة كحكة وقمل إلا على الصغير أي ويحل للولي إلباس الصبي ولو مميزا الحرير.

Diharamkan  lelaki dan khunsa memakai sutera tulen atau sutera. Sekiranya sutera tulen  atau kadar suteranya lebih banyak (dominan) daripada campuran kain lain,  mereka (lelaki dan khunsa)  tidak boleh memakai sutera dan dibaj (sejenis sutera). Berbeza pula material kain yang selainnya lebih banyak atau   kadar kainnya sama  rata  dengan sutera, maka  tidak haram  kerana tidak dinamakan  baju sutera.  Seterusnya memakai sutera dibenarkan hanya pada situasi darurat seperti tiada baju melainkan sutera dan pada situasi keperluan seperti  mengalami penyakit kulit. Kanak-kanak lelaki boleh memakai sutera  dan  penjaganya boleh   menggayakan anak lelakinya walaupun sudah mencapai had umur mumayyiz ( Lihat : Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan,  183)

EMAS



1) Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW bersabda:

 

أُحِلَّ لِإِنَاثِ أُمَّتِي، وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

 

Maksudnya: Halal bagi umatku yang perempuan, dan haram bagi kaum lelaki dalam umatku.

 

Hadis riwayat Imam Ahmad (19502)

2) Sabda Rasulullah SAW:

 

وَلاَ تَشْرَبُوا فِي آنِيَةِ الذَّهَبِ وَالفِضَّةِ، وَلاَ تَأْكُلُوا فِي صِحَافِهَا، فَإِنَّهَا لَهُمْ فِي الدُّنْيَا وَلَنَا فِي الآخِرَةِ

 

Maksudnya: Jangan kalian minum daripada bekas yang diperbuat daripada emas and perak, dan jangan pula kalian makan daripada bekas makanan yang perbuat daripadanya, kerana sesungguhnya kedua-duanya bagi orang kafir dan bagi kita di akhirat nanti.

 

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5426) dalam Sahih-nya

3) Sabda Baginda SAW:

 

الَّذِي يَشْرَبُ فِي إِنَاءِ الفِضَّةِ إِنَّمَا يُجَرْجِرُ فِي بَطْنِهِ نَارَ جَهَنَّمَ

 

Maksudnya: Mereka yang minum daripada bekas perak maka akan menggelegak dalam perutnya api neraka Jahannam.

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5634)



HIKMAH

Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki. Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Melalui kajian, perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama William S. Rapson. Daripada penyelidikan beliau mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

APA AKAN TERJADI?

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul.

Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki. Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.

Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).


PENDAPAT ULAMA

ULAMA TELAH MEMBAHASKAN BERKAITAN HUKUM LELAKI MEMAKAI EMAS DAN SUTERA.

PETIKAN DARIPADA VIDEO CERAMAH USTAZ AZHAR IDRUS :


OLEH ITU, TIDAK DAPAT DINAFIKAN LAGI BAHAWA MEMAKAI EMAS DAN SUTERA HARAM BAGI LELAKI. WALLAHUA'LAM.

KESIMPULAN
Berdasarkan perbahasan yang dikemukakan, lelaki boleh memakai pakaian yang bercampur sutera sekiranya campuran kain sutera pada kadar 50% sama banyak dengan kadar material kain lain atau campuran sutera kurang 50%. Sebaliknya, haram lelaki memakai sutera sekiranya kadar campuran kain sutera lebih banyak atau kadarnya melebihi 50%  daripada material lain. Adapun, pengecualian bagi kanak-kanak lelaki memakai sutera dan rukhsah bagi lelaki yang mengalami masalah penyakit kulit. Manakala emas pula, partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular. Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.

RUJUKAN

i. Internet

https://www.slideshare.net/murnianashazwen/sutera-menurut-al-quran-dan-sains-5553890

https://maktabahalbakri.com/773-lelaki-memakai-emas-putih/

https://m.facebook.com/notes/-koleksi-soal-jawab-agama-/soal-jawab-ibadah-hukum-memakai-sutera-dan-yang-berkaitan-dengannya/140610682635083/

ii. Majalah/Buku/Artikel

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi (2016), Halal Dan Haram Dalam Islam


No comments:

Post a Comment

HOME

 MPU 23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM  (KENAPA EMAS DAN SUTERA DIHARAMKAN KEPADA LELAKI) NAMA PENSYARAH : PUAN NURULHUDA BINTI M...