LAPORAN E FOLIO PROJEK SAINS DAN PRINSIP SYARIAH DALAM SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN ISLAM
PENGENALAN
ISI RUMAH MODEN KEBANYAKKAN MEMPUNYAI PENGHAWA DINGIN UNTUK MENYEJUKKAN RUMAH. MALAH, KEPADA MASYARAKAT YANG KURANG PENDAPATAN ATAUPUN LEBIH DIKETAGORIKAN SEBAGAI MASYARAKAT B40, MEREKA TIDAK MAMPU UNTUK MENYEDIAKAN ATAU MEMILIKI PENGHAWA DINGIN DI RUMAH. JADI, DENGAN ADANYA KAEDAH PROJEK “ALIA SMART HOUSE” MAKA SELURUH MASYARAKAT B40 DAPAT HIDUP DALAM RUMAH YANG TIDAK TERLALU PANAS SEMASA MUSIM PANAS.
OBJEKTIF PROJEK
- MEMBANTU MENJIMATKAN KOS
- MESRA PENGGUNA
BAHAN-BAHAN PROJEK
HOT GLUE GUN
KELEBIHAN
1. Menjimatkan
penggunaan elektrik.
2. Menggunakan
sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
3. Dapat digunakan ketika kecemasan (ketiadaan elektrik).
KENDALIAN SMART HOUSE
Apabila suhu melebihi 37 darjah celsius ,
LED akan menyala , ia menandakan bahawa suhu rumah berada pada suhu yang panas
, maka water pump akan menolak air dan memancar ke seluruh bumbung rumah .
Dalam projek ini , kami menggunakan sensor DHT11 iaitu sensor temperature untuk
menyukat suhu.
Apabila air tangka berkurang , water pump akan berbunyi & LED akan menyala maka air perlu diisi kedalam tangka air . Kami menggunakan sensor ultrasonic untuk mengukur jarak air di dalam tangka . apabila air makin berkurang , sensor tersebut akan mengesan air . Dan proses ini akan berterusan .
PRINSIP SYARIAH ISLAM
TAWAZUN (KESEIMBANGAN)
Tawazun menurut bahasa bermaksud Keseimbangan atau Seimbang. Manakala dari segi istilah Tawazun merupakan suatu sikap seseorang yang mampu untuk mengimbangkan kehidupannya di dalam apa jua keadaan.
Sebagai contoh, manusia diminta untuk mencari rezeki bagi menyara hidup diri dan keluarga. Rezeki tersebut hendaklah dicari secara halal dan dilaksanakan dengan cara yang betul.
Dalam waktu yang sama, kita juga sebagai hambaNya
dituntut mencari bekalan amalan sewaktu berada di dunia ini untuk dibawa ke
akhirat kelak. Maka, sikap tawazun ini perlu diimplikasikan
di dalam kehidupan seharian kita agar kita tidak lara dan dapat mencapai
kejayaan dalam kehidupan. Sesungguhnya akan ada ganjaran yang menanti kita sama
ada di dunia mahupun di akhirat kelak.
Jadi, sifat Tawazun ini telah kami laksanakan di dalam projek Smart house kami. Projek ini perlu dibina dengan teliti dan seimbang bagi mengelak berlakunya kerosakan yang tak terduga. Seperti sedia maklum, smart house ini bersumberkan tenaga kinetik. Kami telah mengkaji dan membuat penyelidikan ke atas jumlah kapasiti arus tenaga yang perlu digunakan untuk menghidupkannya. Dari situ kami telah seimbangkan kapasiti arus tenaga berkapasiti betul. Hal ini dapat menjaminkan lagi keselamatan daripada berlakunya kerosakan disebabkan arus berlebihan.
RABBANIAH (KETUHANAN)
Prinsip ini menjelaskan Syariah Islam adalah dicipta
dan di susun oleh Allah S.W.T. Selain Itu, segala kandungannya yang meliputi
aspek, aqidah, ibadat dan muamalat adalah secocok dengan keperluan manusia.
Seterusnya, alam terbentang luas dengan segala
khazanah di dalamnya boleh diterokai dengan mematuhi peraturan Allah S.W.T. dan
seluruh ciptaan alam adalah milik Allah S.W.T.
Maka kita sebagai khalifah tertakluk kepada peraturan
alam miliknya, Setiap kajian dan ciptaan hendaklah menjurus kepada pengabdian
diri kepada Allah S.W.T. dan menginsafi keangungannya. Akhirnya para saintis ,
teknorar , dan jurutera tertakluk kepada prinsip ketuhanan.
Sebagai projek smart house adalah penting untuk mematuhi prinsip Rabbaniah kerana semua keperluan untuk membuat smart house datangnya melalui ciptaan khazanah alam semulajadi dari Allah S.W.T. Contohnya tenaga elektrik, bagi menghasilkan tenaga kuasa supaya smart house berfungsi .
MUTLAK & MURUNAH
(TETAP & ANJAL)
Thabat bermaksud (tetap atau tidak berubah). Dalam
konteks ajaran Islam, ada perkara yang telah tetap dan tidak boleh dipindah dan
di ubah-ubah dasar, prinsip dan perlaksanaannya. Antara perkara yang termasuk
dalam konsep thabat adalah aspek akidah dan hukum hakam amaliyyah yang
dinyatakan secara pasti dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Begitu dengan projek smart
house ini yang mesti sumber tenaga untuk menghidupkan smart house supaya berfungsi
dengan baik. Jadi, kami memutuskan untuk menggunakan tenaga elektrik daripada water
pump sebagai sumber tenaga untuk menghidupkan smart house ini dan boleh di
letak tempat yang lapang dan di bawah
tempat yang berangin dan kedudukannya mestilah static sewaktu pengunaan smart
house tersebut.
WASATIAH
Wasatiah bermaksud kesederhanaan dalam konteks ajaran
Islam, wasatiah memberi maksud segala hukum hakamnya adalah bersifat sederhana
dan tidak estrem. Boleh berlaku perubahan dan penyesuaian tertentu pada pelaksanaan
hukum mengikut keperluan tertentu. Contohnya solat fardhu perlu dilakukan
secara berdiri tapi diberi kelonggaran bagi yang sakit untuk duduk.
Wasatiah juga memberi makna pertengahan antara dua
pekara. Contohnya antara kaya dan miskin maka mengambil pendirian sederhana
dalam mencari harta lebih baik.
Oleh itu, prinsip wasatiah ini berkait dengan projek kami. Ini kerana dengan menggunakan tenaga elektrik kita dapat membantu memulihkan alam kerana untuk menggunakan tenaga elektrik kita tidak perlu memusnahkan eko-sistem alam semulajadi. Dengan tenaga elektrik juga kita dapat memgurangkan penggunaan bajet yang banyak.
Peranan
Syariah
- Syariat Islam menegaskan bahawa memelihara harta benda dengan tidak membuat
pembaziran.
MenjimatkanKos
Pelaksanaan Kajian Menepati Syariat
Kaedah Fiqh
Berdasarkan kaedah fiqh dengan alat smart house ianya
juga mempunyai kaitan. Terdapat beberapa kaedah asas yang dapat dikaitkan
dengan kaedah fiqh. Antaranya ialah Keyakinan tidak boleh disingkirkan dengan
syak, kaedah ini diambil daripada potongan ayat suci Al-quran iaitu Firman
ALLAH S.W.T. dalam surah Yunus:36
bermaksud "Dan kebanyakannya mereka tidak menurut melainkan suatu sangkaan
sahaja. Pada hal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak untuk
menentukan sesuatu kebenaran."
Dari pandangan ysng positif, alat smart house ini menggunakan konsep sains dan teknologi dalam kejuruteraan dimana kita dapat mengurangkan suhu dengan tindak balas air diatas permukaan yang panas menyebabkan suhu menurun ,ia juga dapat memberikan peningkatan kepada perkembangan kualiti kejuruteraan.
Projek ini direka mengikut ketetapan pengguna dan juga rupa bentuk rumah supaya objektif dapat dicapai untuk memastikan keberkesanan projek dicapai.Ia ditambah baik dengan adanya beberapa sensor untuk mengesan suhu persekitran, kuantiti air, dan juga jumlah percikan air.
Projek ini sesuai untuk golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan penghawa dingin kerana harga yang mahal.Oleh itu, dengan adanya projek ini dapat membantu menyelesaikan masalah ini untuk mempunyai sebuah rumah yang lebih kondusif dan selesa untuk didiami.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat saya huraikan dalam projek 2 saya ini ialah saya
berharap agar dengan adanya system ini saya dapat membantu masyarakat golongan
b40 tidak lagi berada dalam keadaan rumah yang panas pada musim panas . Selain
itu , ia dapat menjimatkan kos untuk membeli penghawa dingin . Malah duit itu
dapat digunakan untuk membeli keperluan
asas . Rumah mereka akan menjadi lebih selesa pada musim panas.
LAMPIRAN
SUMBER RUJUKAN
No comments:
Post a Comment